CALON pengendali baharu Liverpool Arne Slot. FOTO Agensi
CALON pengendali baharu Liverpool Arne Slot. FOTO Agensi
AFP

The Hague: Liverpool sah bakal dibimbing pengendali Feyenoord, Arne Slot selepas Jurgen Klopp bakal meninggalkan The Reds musim ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri Slot kepada media dan ia ajkan diumumkan secara rasmi tidak lagi lagi oleh Liverpool.

"Belum ada satu pengumuman rasmi lagi - tetapi saya tidak fikir ia akan menjadi berita buat anda saya akan menjadi jurulatih di sana musim depan," kata Slot kepada wartawan.

Menurut laporan BBC sebelum ini, perjanjian buat Slot untuk menggantikan Klopp bernilai hingga £9.4 juta (RM55.9 juta).

"Perasaan saya akan meninggalkan tempat ini semakin menebal. Ada sesetengah orang yang anda bukan hanya sekadar mahu berjabat tangan," kata Slot menjelang perlawanan terakhirnya di kelab itu.

"Pada masa itu, ia bukannya mengenai sama ada anda sudah muncul juara atau menang piala, tetapi lebih mengenai penghargaan sesama insan," katanya.

Slot berpindah ke Feyenood pada 2021 selepas memukau dalam tugas pertamanya sebagai pengurus di AZ Alkmaar.

Beliau mengemudi kelab gergasi Belanda itu layak ke final pertandingan sulung Liga Konferens Europa pada hujung musim pertamanya, yang mana mereka tewas tipis 1-0 di tangan AS Roma kendalian Jose Mourinho.

Slot kemudian mengemudi kejuaraan kedua Eredivisie dalam tempoh 24 tahun buat Feyenoord musim lalu sebelum menandatangani kontrak baharu tiga tahun.

"Anda boleh lihat mereka benar-benar kecewa kerana anda akan pergi," katanya.

"Anda boleh katakannya menerusi kata-kata, tetapi bila anda lihatnya di air muka mereka, ia lebih menusuk kalbu."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 9:03 AM