ARTETA merehatkan Jesus (tengah) bagi memberikan ruang untuk pemain itu pulih sepenuhnya. -FOTO AFP
ARTETA merehatkan Jesus (tengah) bagi memberikan ruang untuk pemain itu pulih sepenuhnya. -FOTO AFP
Agensi

London: Gabriel Jesus menyertai skuad Brazil menjelang aksi antarabangsa walaupun pengendali Arsenal, Mikel Arteta merasakan dia tidak sepatutnya dipanggil.

Penyerang Arsenal itu tidak beraksi untuk kelab hampir tiga minggu kerana masalah kecederaan hamstring ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Sevilla pada 24 Oktober.

Arteta merehatkan Jesus sejak perlawanan itu bagi memberikan ruang untuk pemain itu pulih sepenuhnya.

Martin Odegaard akan terlepas aksi bersama Norway yang akan menentang Faroe Islands dan Scotland, tetapi dijangka akan kembali membantu Arsenal sebaik Liga Perdana Inggeris bersambung.

Peraturan Fifa membenarkan negara memanggil pemain-pemain mereka dan menilai sendiri kecederaan dan itu yang dilakukan Brazil terhadap Jesus.

Brazil akan bertemu Colombia pada Jumaat sebelum menentang musuh tradisi dan juara dunia, Argentina pada Rabu berikutnya.

Mereka kini menghuni tangga ketiga kumpulan kelayakan Piala Dunia, lima mata di belakang pendahulu, Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 1:47 PM