AKSI antara Kelantan United dan Selangor dalam perlawanan Piala Malaysia semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
AKSI antara Kelantan United dan Selangor dalam perlawanan Piala Malaysia semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Pengendali Kelantan United Football Club (KUFC) menganggap kehilangan beberapa tonggak utama menjadi punca pasukan mudah dijinak Selangor FC, malam tadi.

Nazrulerwan Makmor berkata, ketiadaan Julius Ofori Ziggy yang terpaksa menarik diri saat akhir sebelum perlawanan merencatkan rencana taktikal pasukan.

Katanya, pemain kelahiran Ghana itu membuat keputusan tidak bermain selepas mengalami masalah kesihatan yang dimaklumkan beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu.

"Kita juga ketiadaan Nik Akif (Nik Akif Syahiran Nik Mat) akibat digantung perlawanan, manakala import Jepun Masashi Motoyama pula mengalami kecederaan.

"Tapi untuk perlawanan timbal balik nanti kita akan masukkan mereka," katanya.

Nazrulerwan berkata, selain itu Selangor juga pasukan berpengalaman dan peluang KUFC gagal meraih gol sudah pasti dihukum dengan meraih tiga mata oleh pasukan pelawat.

"Kita kena faham, kalau gagal jaringkan gol, kita terpaksa terima hakikat akan kalah dengan pasukan berpengalaman seperti Selangor," katanya.

Beliau tetap berbangga dengan mentaliti anak buahnya yang memberikan persembahan 100 peratus bagi menentang gergasi merah kendalian Tan Cheng Hoe.

Beliau yang kembali membimbing skuad kijang hijau berkata, pasukan akan membuat beberapa pertukaran taktikal bagi perlawanan timbal balik di Selangor, minggu depan.

Semalam, KUFC dikalahkan dengan dua jaringan gol daripada import, Herlison Caion yang memberikan bekal selesa buat pelawat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2022 @ 3:32 PM