KELANTAN United akan bertemu KL City malam esok. FOTO KELANTAN UNITED
KELANTAN United akan bertemu KL City malam esok. FOTO KELANTAN UNITED
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Kelantan United Football Club (KUFC) akan bermain berhati-hati dalam kunjungan menentang KL City FC bagi saingan Liga Super, malam esok.

Pemangku jurulatih, Nazrulerwan Makmor berkata, KUFC tidak menafikan skuad The Boys mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim ini.

"Bagaimanapun, kita tak akan bagi laluan mudah untuk lawan bermaharajalela di kandang sendiri," katanya.

Nazrulerwan berkata, pasukan mungkin berdepan sedikit kesukaran kerana tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utama kerana masalah penggantungan pemain dan berdepan masalah kesihatan.

Bagaimanapun katanya, pasukan tetap akan memberikan persembahan terbaik untuk mengekang tuan rumah di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Nazrulerwan mengambil alih kerusi ketua jurulatih secara interim bersama penolong jurulatih, Tengku Hazman mengharungi baki saingan liga musim ini selepas Ailton Dos Santos Silva terpaksa melepaskan jawatan ekoran masalah keluarga di Brazil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2023 @ 6:48 PM