- Foto hiasan
- Foto hiasan
Paya Linda Yahya


Gua Musang: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dirogol di bilik kongsi di kawasan perindustrian, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian tengah hari itu, mangsa ditemukan orang ramai berada dalam bilik kongsi seorang lelaki berusia 50-an.

Menurut sumber, kejadian disedari ibu mangsa apabila dihubungi seorang rakannya yang memaklumkan anaknya dibawa ke bilik kongsi oleh lelaki itu.

"Lelaki itu dikatakan sering membawa kanak-kanak itu berjalan dan membeli makanan ringan, namun akan dihantar pulang dan sudah dikenali penduduk di kawasan itu.

"Kejadian ini memang sangat mengejutkan kami kerana lelaki itu juga dikenali oleh penduduk di kawasan ini" katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mengesahkan kejadian yang berlaku dan lelaki sudah ditangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 8:21 AM