NAZRULERWAN berkata tiada rombakan besar-besaran dalam senarai namun skuad Kijang Hijau. FOTO Ihsan KUFC
NAZRULERWAN berkata tiada rombakan besar-besaran dalam senarai namun skuad Kijang Hijau. FOTO Ihsan KUFC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Pasukan Kelantan United Football Club (KUFC) enggan pulang dengan tangan kosong dalam berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam esok.

KUFC yang berada di kedudukan tercorot liga bakal berdepan Sri Pahang yang masih belum tewas dalam tujuh perlawanan Liga Super yang sudah berlangsung.

Penolong Jurulatih, Nazrulerwan Makmor berkata, pasukan tuan rumah mempunyai pemain tempatan yang berpengalaman dan import yang diakui sangat bagus.

Katanya, mereka akan berwaspada dengan corak permainan Sri Pahang dan mengambil perhatian kepada beberapa pemain utama lawan.

"Antaranya Kpah Sherman, Azam Azih, Sergio Aguero dan Baqiuddin Shamsudin.

"Kita bukan pasukan pilihan, namun bertekad mencuri mata bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super," katanya dalam kenyataan kepada media.

Nazrulerwan berkata, tiada rombakan besar-besaran dalam senarai namun skuad Kijang Hijau akan membuat pusingan pemain, esok.

Katanya, ini berikutan jadual liga yang padat sepanjang Ramadan selain KUFC turut beraksi di perlawanan luar.

Esok, KUFC berdepan tugas sukar apabila bakal menentang anak buah Fandi Ahmad yang berada di kedudukan ke empat liga.

Manakala, KUFC yang hanya mengutip dua mata berada di kedudukan akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2023 @ 1:21 PM