POGBA tenang walaupun diugut oleh kumpulan samseng. FOTO AFP
POGBA tenang walaupun diugut oleh kumpulan samseng. FOTO AFP
AFP

Rom: Paul Pogba mendedahkan dia diugut dan menjadi sasaran samseng selepas selepas abangnya, Mathias menerbitkan video pelik atas talian yang menjanjikan 'pendedahan besar' mengenai pemenang Piala Dunia itu.

Dalam satu kenyataan ditandatangani peguam, ibunya, Yeo Moriba dan ejen, Rafaela Pimenta berkata, video berkenaan tidak ada sebarang yang mengejutkan.

"Mereka sengaja untuk menambah kekusutan dengan ugutan dan cubaan peras ugut oleh kumpulan samseng terancang yang menentang Paul Pogba.

"Pihak berkuasa di Itali dan Perancis dimaklumkan sebulan lalu dan tidak akan ada ulasan lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan," kata kenyataan itu.

Mathias, 32, menerbitkan video dalam empat bahasa yang menjanjikan 'pendedahan' hebat mengenai adiknya, itu dan ejennya Pimenta, yang mengambil alih sebagai ketua syarikat bekas ejen Mino Raiola yang meninggal dunia April lalu.

Dia berkata 'seluruh dunia, serta peminat adiknya, dan lebih-lebih lagi pasukan Perancis dan Juventus, rakan sepasukan Pogba dan penajanya berhak mengetahui perkara tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2022 @ 10:25 PM