MATHIAS ditahan kerana peras ugutnya adiknya, Pogba. FOTO AFP
MATHIAS ditahan kerana peras ugutnya adiknya, Pogba. FOTO AFP
Reuters

Paris: Mathias Pogba abang kepada pemain antarabangsa Perancis, Paul Pogba, diletakkan di bawah siasatan rasmi dan diperintahkan untuk ditahan berhubung kes peras ugut ke atas pemain tengah Juventus itu.

Dia sedang disiasat kerana disyaki melakukan pemerasan berasaskan kumpulan yang terbabit dalam jenayah.

Empat orang lain yang hadir bersama Mathias di hadapan hakim pada hari Sabtu turut diletakkan di bawah siasatan rasmi, dengan tiga diarah ditahan.

Mathias menafikan dakwaan terhadapnya dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial.

Awal bulan ini, pejabat pendakwa raya Paris membuka siasatan kehakiman terhadap dakwaan Pogba bahawa dia menjadi sasaran cubaan peras ugut dan ugutan daripada kumpulan yang terancang.

Pogba, 29, memberitahu pejabat pendakwaan Paris bahawa dia menjadi sasaran pemerasan oleh rakan zaman kanak-kanak sejak Mac lalu dan membayar €100,000 (RM454,282) kepada kumpulan itu sebelum ini, kata sumber kehakiman kepada Reuters.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 8:24 AM