Pogba mahu memenuhi impian beraksi bersama Real Madrid. FOTO REUTERS
Pogba mahu memenuhi impian beraksi bersama Real Madrid. FOTO REUTERS
Agensi

ABANG kepada pemain Manchester United, Mathias Pogba mengesahkan pemain tengah itu memang benar-benar mahu meninggalkan Manchester United sebelum tarikh akhir jendela perpindahan ditutup.

Mathias, 28, berkata adiknya yang bernilai £89 juta (RM452j) itu mahu memenuhi impiannya berhijrah ke Real Madrid dan tidak menolak penhijrahan itu akan berlaku bulan ini.

Paul, 26 memberi gambaran akan meninggalkan kelab Liga Perdana itu selepas menang 4-0 ke atas Chelsea dengan mengatakan ‘masa depannya masih menjadi tanya tanya’.

Mathias yang beraksi untuk kelab Perancis, Troyes, turut memberitahu keinginan adiknya itu untuk berhijrah ke Sepanyol.

Dia memberitahu program stesen televisyen Sepanyol, El Chiringuito: "Paul mahu pergi. Dia tidak dapat melakukan segala-galanya di United.

"Pemain yang masih belum berada dalam skuad Zidane adalah Paul. Ia bukan sesuatu mustahil buat Florentino untuk mendapatkan tandatangannya.

"Saya tidak dapat memberi jaminan Paul akan meneruskannya di United. Sehinggalah 2 September, segala-galanya boleh berlaku. Madrid perlukan bolasepak dan keseronokan yang dibawa oleh Paul."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 5:24 PM