MO Salah - FOTO AFP
MO Salah - FOTO AFP
AFP

Vilareal: Bintang Liverpool, Mo Salah mendedahkan bahawa dia mahu menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

The Reds kini akan ke Paris untuk final Liga Juara-Juara yang ketiga di bawah kendalian Jurgen Klopp pertengahan bulan ini dan menyasarkan penamat bersejarah untuk musim 2021/2022.

Biarpun mereka bergelut dengan rentak permainan ketika menentang Villarreal pada aksi separuh akhir kedua, Liverpool mengubah keadaan itu pada babak kedua seterusnya melakar kemenangan bergaya 3-2.

Satu lagi keputusan yang positif dalam keadaan yang sukar menghidupkan semula kepercayaan bahawa Liverpool mampu untuk melengkapkan kejayaan merangkul empat trofi utama musim ini dan Salah bersedia untuk cabaran itu.

"Empat gelaran dalam sasaran. Mungkin bukan pada permulaan musim," katanya.

"Saya sentiasa mahukannya dan fokus kepada Liga Juara-Juara dan Liga Perdana.

"Selepas aksi peringkat kumpulan, saya fikir 'OK' kami akan menang Liga Juara-Juara tahun ini.

"Saya mahu menentang Madrid (di final). City adalah satu pasukan yang sangat sukar."

Komen Salah jika berdepan Real Madrid bahawa dia mempunyai motivasi sendiri jika menentang pasukan itu untuk mengubat kekecewaannya pada 2018 ketika bertemu Los Blancos.

Bekas penyerang AS Roma dikeluarkan pada babak awal permainan ketika final pertama Klopp di Liga Juara-Juara selepas mengalami kecederaan akibat pelanggaran dengan Sergio Ramos.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2022 @ 10:24 AM