SENEGAL dihukum atas kesalahan pancaran laser ketika aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Mesir. -FOTO Agensi
SENEGAL dihukum atas kesalahan pancaran laser ketika aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Mesir. -FOTO Agensi
Agensi

London: Senegal didenda sebanyak £143,000 (RM779,455) oleh Fifa Mohamed Salah menjadi sasaran leser ketika perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia Mac lalu.

Penyokong memancarkan laser ke arah bintang Liverpool itu sebelum sepak penanti yang penting untuk Mesir, manakala dia dan rakan pasukannya turut dibaling dengan objek ketika mereka berjalan memasuki terowong.

FA Mesir turut mendakwa pemain mereka menjadi mangsa ejekan perkauman.

Sadio Mane menyempurnakan penalti yang memastikan kemenangan buat negara Afrika itu selepas seri 1-1 untuk membawa Senegal ke Piala Dunia 2022.

Namun Senegal kini dihukum kerana kesalahan penyokongnya.

Jawatankuasa tatatertib FIfa menyiasat pancaran laser oleh peminat Senegal dan "kegagalan persekutuan kebangsaan menguatkuasakan undang-undang keselamatan di dalam stadium'.

Selain di denda RM779,455 Senegal turut diarahkan bermain satu perlawanan kompetitif secara tertutup.

Hukuman keputusan berkenaan dilakukan selepas berakhirnya perlawanan kelayakan Piala Dunia yang penuh kontroversi selepas Salah dan pasukannya tidak layak beraksi di Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 1:12 PM