PEMAIN Mesir turut dibaling objek penyokong Senegal ketika melalui terowong. -FOTO Agensi
PEMAIN Mesir turut dibaling objek penyokong Senegal ketika melalui terowong. -FOTO Agensi
Agensi

Diamniadio, Senegal: Mesir mendakwa bahawa mereka berdepan dengan serangan bas dan memaklumkan bahawa Mohamed Salah menjadi mangsa ejekan perkauman sebelum tewas dalam aksi playoff Piala Dunia di Senegal.

Laporan sudah dilakukan sebelum sepak mula di Stade Abdoulaye Wade yang mana menyaksikan Senegal berjaya membalas dendam kekalahan 0-1 pada perlawanan pertama dengan kemenangan yang sama sebelum perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti yang penuh kontroversi.

Penentuan penalti ketika perlawanan itu turut mencetuskan kekacauan apabila pemain Mesir diganggu dengan pancaran laser hijau ketika mengambil sepakan penalti yang menyaksikan Salah dan dua lagi pemain gagal menyempurnakannya.

Keadaan itu akhirnya menyaksikan Senegal menang 3-1 dengan rakan kelab Salah di Liverpool, Sadio Mane sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan.

Ia menjadi hari yang penuh mencabar buat Mesir yang mana gambar yang disiarkan oleh Persatuan Bolasepak Mesir bas yang dinaiki mereka di baling batu ketika dalam perjalanan ke stadium.

Kapten Mesir, Salah, kemudiannya terpaksa diiringi pengawal ketika keluar dari padang dan turut dibaling objek oleh penyokong tuan rumah ketika memasuki terowong.

FA Mesir dalam satu kenyataan berkata: "Mesir memfailkan aduan rasmi terhadap Senegal kerana serangan dan sepanduk perkauman.

"Pasukan kebangsaan Mesir menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman dengan kata-kata menghina terhadap pemain Mesir, terutamanya Mohamed Salah.

"Penyokong turut mengancam pemain dengan membaling botol dan batu kepada mereka ketika sesi memanaskan badan.

"Kumpulan bas Mesir turut terdedah kepada serangan sehingga tingkap pecah dan berlaku kecederaan, aduan disertakan dengan gambar dan rakaman video sebagai bukti," kata FA Mesir.

FA Mesir juga menyiarkan gambar dari dalam stadium sepanduk bertulis "F*** YOU SALAH".

Media Mesir berkata aduan itu sudah difailkan kepada CAF (Konfederasi Bolasepak Afrika) dan badan induk dunia Fifa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 9:19 AM