DE Bruyne ledak gol pertama Man City. -FOTO Reuters
DE Bruyne ledak gol pertama Man City. -FOTO Reuters
AFP

Manchester: Kevin De Bruyne memberi amaran kepada Manchester City untuk tidak mula mengimpikan gelaran Liga Perdana selepas keputusan seri 2-2 menentang Liverpool biarpun mereka memiliki kelebihan satu mata untuk mempertahankan trofi kejuaraan.

Skuad Pep Guardiola kekal di puncak liga mengatasi Liverpool di tempat kedua selepas pertemuan klasik di Stadium Etihad membolehkan mereka turus kekal sebagai calon pilihan juara.

City mendahului dua kali menerusi gol jaringan De Bruyne da n Gabriel Jesus namun Liverpool bangkit menyamakan kedudukan menerusi Diogo Jota dan Sadio Mane.

Pemain tengah City De Bruyne tahu pengulas akan meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan untuk kejuaraan buat kali keempat dalam tempoh lima musim.

"Saya tahu orang akan kata siapa yang menang gelaran. Tapi saya rasa pasukan tidak akan berfikiran seperti itu. Jadual perlawanan sangat sukar untuk kedua-dua pasukan menang kesemua perlawanan," kata De Bruyne.

Penyerang Belgium De Bruyne merasakan bahawa City mampu untuk meraih tiga mata seterusnya memberi tamparan kepada Liverpool namun mereka sekadar mencatatkan keputusan seri.

"Hari ini kami bermain dengan sangat baik. Saya rasa kami mempunyai kelebihan. Ini adalah cara kami perlu bermain sepanjang musim ini," katanya.

"Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol. Itu yang perlu dilakukan. Ia satu perlawanan yang hebat. Saya fikir lebih gol pada separuh masa pertama tapi kami masih mendahului ketika itu.

"Cara babak kedua bermula adalah mengecewakan. Saya rasa kami bermain dengan hebat dan mencipta peluang yang cukup untuk menang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 8:25 AM