DE Bruyne ledak dua gol ketika menentang United. -FOTO AFP
DE Bruyne ledak dua gol ketika menentang United. -FOTO AFP
AFP

London: Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne menjangkakan perebutan kejuaraan Liga Perdana akan berakhir apabila juara bertahan itu menewaskan Liverpool bagi merebut trofi.

Dua jaringan De Bruyne membantu City meraih kemenangan penting 4-1 ke atas musuh ketat Manchester United Ahad lalu.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini enam mata mengatasi Liverpool di tangga kedua, namun Reds masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan akan berkunjung ke Etihad Stadium untuk pertemuan menentang City pada 10 April.

De Bruyne tidak ragu-ragu bahawa Liverpool akan memberi tekanan kepada City sehingga ke akhirnya seperti yang berlaku pada 2019 yang mana skuad Guardiola pada hari terakhir musim berjaya merangkul 14 kemenangan berturut-turut.

"Saya mengatakan ia seakan serupa pada ketika ini. Kedua-dua pasukan bermain dengan begitu baik dan memberi tekanan satu sama lain. Kami adalah dua pasukan yang hebat," kata De Bruyne.

Di tanya adakah pertembungan menentang Liverpool akan menjadi penentu, De Bruyne berkata: "Ya, boleh jadi tapi ia masih jauh, banyak lagi perlawanan penting di antaranya.

"Banyak yang boleh berubah antara sekarang dan nanti. Kami boleh kalah perlawanan atau mereka juga, jadi saya tidak semestinya memikirkan perkara itu sekarang.

"Ia tidak pernah berhenti. Tapi ia satu yang bagus. Kami mendorong satu sama lain untuk menjadi yang terbaik yang kami boleh.

"Apa yang boleh kita lakukan sebagai satu pasukan dan sebagai individu adalah cuma memenangi setiap perlawanan.

"Mudah-mudahnya pada akhirnya kami akan menang tapi perjalanan masih jauh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 10:16 AM