KEVIN DE BRUYNE
KEVIN DE BRUYNE
Reuters

MANCHESTER City kembali mendominasi perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City yang meletakkan skuad Pep Guardiola satu mata di atas Liverpool dengan baki enam perlawanan.

Selepas perlawanan yang sepatutnya boleh dimenangi City dengan jaringan yang besar, takdir gelaran itu kini berada di tangan mereka apabila kedua dua bermain 32 pasukan dengan City mengumpul 80 mata dan anak buah Juergen Klopp dengan 79 mata.

Jika City menang keenam-enam perlawanan itu mereka akan mempertahankan gelaran dan menang lapan perlawanan liga berturut-turut dan 21 daripada 22 perlawanan semua kejohanan, dan sudah pasti akan menamatkan kempen ini dengan penuh bergaya.

“Kami merasakan jika kami kehilangan mata, kami tidak akan menjadi juara,” kata Guardiola.

“Menerusi peluang yang kami cipta, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, itu yang kami kesali tetapi selain itu semuanya bagus,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

City mendominasi sejak awal, mendahului seawal minit keenam apabila Kevin De Bruyne meluru mendapatkan bola hantaran Aymeric Laporte dan mengatasi penjaga gol Cardiff Neil Etheridge dari sudut sukar.

Pemain tengah Belgium itu mengakui selepas perlawanan itu dia berniat mahu melakukan hantaran namun Etheridge pastinya kecewa apabila meninggalkan gawang tanpa dikawal.

City berjaya mempamerkan aksi selesa namun hanya seminit selepas separuh masa kedua Leroy Sane menjadikan jaringan 2-0 menerusi kaki kirinya selepas mendapat bola menerusi hantaran dada Gabriel Jesus.

City bagaimanapun gagal menggandakan jaringan pada separuh masa kedua apabila Etheridge bijak mempertahankan gawang Cardiff.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 11:06 AM