Pengarah Urusan Komunikasi UEFA Pedro Pinto menghadiri majlis undian 16 terakhir di Nyon.  FOTO AFP
Pengarah Urusan Komunikasi UEFA Pedro Pinto menghadiri majlis undian 16 terakhir di Nyon. FOTO AFP
AFP

Paris: Undian pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) akan "dijalankan semula sepenuhnya" selepas berlaku kesilapan teknikal, menurut badan induk bola sepak Eropah, UEFA, sebentar tadi.

UEFA menyalahkan `kesilapan material' disebabkan `masalah teknikal dengan perisian dari pembekal perkhidmatan luar' ketika mengumumkan bahawa undian untuk pusingan kalah mati pertama kejohanan utama itu akan diadakan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Disember 2021 @ 9:27 PM