UEFA arah Atletico Madrid tutup sebahagian stadium. -FOTO Reuters
UEFA arah Atletico Madrid tutup sebahagian stadium. -FOTO Reuters
AFP

Lausanne: Atletico Madrid diarahkan menutup sebahagian stadium mereka dan mempamerkan kain rentang anti-perkauman yang besar pada perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara menentang Manchester City, umum UEFA.

Ketua bola sepak Eropah berkata, penyokong Atletico Madrid menunjukkan 'tingkah laku diskriminasi' semasa perlawanan pertama suku akhir mereka di Manchester City.

Akhbar harian Sepanyol, Marca menyiarkan video minggu lalu mengenai peminat Atletico membuat tabik Nazi semasa perlawanan.

UEFA memberitahu Atletico mereka mesti menutup sebahagian 5,000 tempat duduk dan meletakkan kain rentang '#NoToRacism' di bahagian berkenaan.

Juara Sepanyol itu tewas 1-0 dalam aksi itu pada 5 April dan akan menanti kehadiran City di Madrid pada pusingan kedua awal pagi Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2022 @ 7:33 AM