Pemain Bayern kecewa selepas tewas kepada Borussia Moenchengladbach. FOTO AFP
Pemain Bayern kecewa selepas tewas kepada Borussia Moenchengladbach. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bayern Munich mengalami kekalahan terbesar dalam saingan Piala Jerman selepas pasukan yang dipenuhi bintang itu tewas 0-5 di Borussia Moenchengladbach, awal pagi ini.

"Ia amat mengejutkan. Kami seperti tidak berada di sana," kata pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic kepada ARD.

"Kami membiarkan lawan menguasai setiap situasi - kegagalan kolektif."

REAKSI Mueller  dan Lewandowski selepas tamat perlawanan di  Moenchengladbach.
REAKSI Mueller dan Lewandowski selepas tamat perlawanan di Moenchengladbach.

Barisan utama Bayern melepaskan gol pertama selepas 71 saat dan ketinggalan 0-3 apabila 21 minit permainan ketika Gladbach melakukan permulaan cemerlang.

Ia adalah kali pertama dalam tempoh 27 tahun Bayern melepaskan banyak gol awal dalam mana-mana pertandingan.

Bayern tumbang dalam kekalahan besar saingan Piala Jerman, ketika tewas 1-5 pada suku akhir di Cologne pada 1972.

"Dari masa ke semasa, anda mengimpikan sesuatu seperti ini tetapi anda tidak percaya ia akan menjadi realiti," kata pengarah sukan Gladbach, Max Eberl.

"Ini adalah persembahan yang menakjubkan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 8:58 AM