GIOVANNI Reyna (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
GIOVANNI Reyna (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Berlin: Borussia Dortmund membelasah pasukan divisyen dua, Holstein Kiel 5-0 pada separuh akhir Piala Jerman hari ini tanpa kelibat penjaring terbanyak, Erling Braut Haaland.

Haaland yang mengalami kecederaan paha, menyaksikan perlawanan itu di tempat duduk di Signal Iduna Park dengan Giovanni Reyna memulakan pesta gol apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Dortmund ke pentas final di Stadium Olimpik Berlin, 13 Mei ini.

Dortmund akan bertemu RB Leipzig yang memerlukan gol kemenangan Emil Forsberg minit ke-121 untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Werder Bremen di tempat lawan pada satu lagi aksi separuh akhir.

"Kami sangat konsisten di depan gol. Hampir setiap cubaan menghasilkan gol. Kami gembira kerana dapat melangkah ke pentas final," kata kapten Dortmund, Marco Reus kepada ARD.

Kiel yang mengetepikan juara bertahan, Bayern Munich di pusingan kedua, Januari lalu, gagal meneruskan aksi cemerlang mereka.

Marco Reus mengukuhkan kedudukan dengan meledak gol ketiga minit ke-26 sebelum Thorgan Hazard menambah gol keempat minit ke-32.

Pemain tengah England, Jude Bellingham melengkapkan kemenangan Dortmund apabila menjaringkan gol kelima minit ke-41.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 9:02 AM