KANE bantu Spurs lakar kemenangan selesa. FOTO AFP
KANE bantu Spurs lakar kemenangan selesa. FOTO AFP
Agensi

London: Harry Kane menyifatkan kemasukannya dari bangku simpanan dan meledakkan hatrik ketika Tottenham mencatatkan kemenangan 5-1 dalam Liga Conference Europa ke atas NS Mura adalah bonus.

Kapten England itu melakarkan jaringan treble yang ke-13 dalam kariernya di Spurs di masukkan tepat pada waktunya menentang pasukan dari Slovenia itu.

Pasukan tuan rumah ketika itu mendahului 2-1 dalam tempoh lapan minit hasil jaringan Dele Alli dan Giovani Lo Celso dan Kane menyempurnakan kemenangan bergaya Spurs.

Selepas gagal menemui gawang dalam liga perlawanan Liga Perdana dan di lihat beraksi jauh dari kemampuan sebenarnya, hatrik itu membuktikan peningkatannya tepat pada masanya.

"Setiap penyerang mahu menjaringkan gol. Saya langsung tidak menjangka dapat melakukannya hari ini ia satu yang menarik apabila dapat diturunkan," kata Kane.

"Setiap kali anda melihat bole menembusi jaring itu saya perasaan yang sangat menggembirakan. Semoga kami terus dapat melakukannya hujung minggu ini.

"Ia satu yang senang di masukkan dari bangku simpanan dan meledakkan beberapa gol.

Biarpun Spurs dilihat lebih menguasai perlawanan di permulaan, Mura yang dibentuk pada tahun 2012 kembali memberi saingan selepas Ziga Kous menjaringkan gol pertamanya dan Spurs dilihat rapuh menentang pasukan yang memegang status pasukan tercorot pertandingan.

Pengendalinya Nuno EspĂ­rito Santo memasukkan Kane, Son Heung-min dan Lucas Moura.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 10:23 AM