GAYA Kane selepas menembusi gawang  West Brom di London. FOTO AFP
GAYA Kane selepas menembusi gawang West Brom di London. FOTO AFP
Agensi

London: Harry Kane tampil selepas pulih kecederaan dengan menjaringkan gol ketika Tottenham menewaskan West Brom 2-0 sekaligus mengakhiri tiga kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana hari ini.

Spurs merosot ke tangga kesembilan selepas tewas kepada Liverpool, Brighton dan Chelsea tetapi persembahan yang bertambah baik menyalakan kembali impian untuk menduduki kelompok empat teratas.

Skuad Jose Mourinho gagal menjaringkan gol dalam dua daripada tiga kekalahan ketika Kane tidak bersama mereka tetapi kepulangan tonggak itu terbukti berharga apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-54 menerusi rembatan jarak dekat selepas mendapat hantaran cantik Pierre-Emile Hojbjerg.

Son Heung-min mencipta nama sebagai penjaring empat minit kemudian apabila merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol pelawat, Sam Johnstone selepas mendapat hantaran Lucas Moura.

Kemenangan itu melonjakkan Spurs ke tangga ketujuh manakala West Brom kekal di tangga ke-19.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, Wolves gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri selepas seri tanpa jaringan menentang Leicester City.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2021 @ 10:44 PM