ALVES (tengah) mencipta sejarah sebagai pengadil wanita pertama mengadili saingan Copa Libertadores. FOTO AFP
ALVES (tengah) mencipta sejarah sebagai pengadil wanita pertama mengadili saingan Copa Libertadores. FOTO AFP
AFP

Florencio Varela: Pengadil Brazil, Edina Alves mencipta sejarah menjadi pengadil wanita pertama mengadili perlawanan Copa Libertadores iaitu saingan membabitkan kelab terbaik di Amerik Selatan.

Perlawanan peringkat kumpulan antara wakil Argentina Defensa y Justicia dann Independiente del Valle dari Ecuador menyaksikan kesemua pengadil serta pembantu pengadil adalah wanita.

Alves dibantu oleh pembantu pengadil Neuza Back, juga dari Brazil dan Cindy Nahuelcoy (Chile) serta pengadil keempat Maria Belen Carvajal (Chile).

Perlawanan Kumpulan A di Florencio Varela berdekatan Beunos Aires berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Alves sudah pun mencipta nama apabila menjadi pengadil wanita pertama terbabit dalam kejohanan utama lelaki dengan menjadi pengadil keempat di Piala Dunia Kelab di Qatar Februari lalu.

Di Eropah, pengadil dari Perancis, Stephanie Frappart menjadi pengadil wanita pertama mengendalikan perlawanan Liga Juara-Juara apabila mengadili perlawanan peringkat kumpulan antara Juventus dan Dynamo Kiev.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 12:22 PM