DANI Alves. FOTO Agensi
DANI Alves. FOTO Agensi
Agensi

Barcelona: Barcelona mengesahkan Dani Alves kembali beraksi bersama kelab itu menerusi perpindahan secara percuma dan hanya dibayar 1 euro (RM4.75) sebulan.

Pertahanan Brazil berusia 38 tahun itu menjadi pemain pertama disambar jurulatih baharu, Xavi yang juga bekas rakan sepasukan Alves.

Menariknya, legenda kelab itu hanya akan dibayar 1 euro sebulan untuk membantu meringankan masalah kewangan kelab.

Alves akan mula menjalani latihan bersama pasukan sedang bergelut di La Liga itu minggu depan tetapi tidak dibenarkan beraksi sehinggalah 1 Januari.

Kelab itu dalam satu kenyataan menjelaskan: "Barcelona dan Dani Alves secara prinsipal mencapai persetujuan bagi pemain itu menyertai pasukan utama untuk baki musim ini.

"Pemain Brazil itu akan menyertai sesi latihan minggu depan tetapi tidak dibenarkan beraksi sehingga Januari."

Alves kali terakhir beraksi bersama Sao Paulo di Brazil namun meninggalkan kelab itu September lalu.

Sejak itu, pemain yang sudah melakukan 119 penampilan bersama Brazil di pentas antarabangsa itu menjadi ejen bebas dan kini berpeluang beraksi bersama Barcelona buat kali kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 11:08 AM