ALVES meraikan kejayaan menjuarai Copa America di Rio de Janeiro, awal bulan lalu. — FOTO AFP
ALVES meraikan kejayaan menjuarai Copa America di Rio de Janeiro, awal bulan lalu. — FOTO AFP
Reuters

BEKAS pertahanan kanan Paris Saint-Germain, Dani Alves menyertai Sao Paulo secara perpindahan percuma, umum kelab liga utama Brazil itu hari ini.

Kapten Brazil, Alves, 36, menandatangani perjanjian hingga Disember 2022 selepas meninggalkan PSG pada hujung kontraknya Jun lalu.

Alves satu-satunya pemain yang memenangi 40 trofi bersama kelab dan pasukan kebangsaan dan Sao Paulo menganggap pemain itu sebagai “pemain paling berjaya dalam sejarah bola sepak.”

Bekas pertahanan Barcelona dan Juventus itu akan beraksi dengan kelab Brazil buat kali pertama sejak 2002, kali terakhir bersama Bahia.

Alves, yang beraksi 115 kali dengan Brazil, mengetuai kejayaan negaranya pada Copa America di laman sendiri baru-baru ini dan dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 6:22 PM