DANI Alves dibebaskan dari penjara Brians 2 pada Isnin lalu selepas 15 bulan ditahan sementara menunggu perbicaraan kes rogolnya. FOTO AGENSI
DANI Alves dibebaskan dari penjara Brians 2 pada Isnin lalu selepas 15 bulan ditahan sementara menunggu perbicaraan kes rogolnya. FOTO AGENSI
Agensi

Barcelona: Dani Alves diberitahu yang dia akan dibunuh di Brazil - selepas bekas pemain bola sepak itu membayar ikat jamin dan dibebaskan dari penjara sementara menunggu proses rayuan.

Bekas pemain Barcelona dan Brazil itu dibebaskan dari penjara Brians 2 pada Isnin selepas 15 bulan ditahan sementara menunggu perbicaraan kes rogolnya.

Alves, 40, didapati bersalah pada Februari tahun ini dan dipenjara empat tahun setengah, tetapi kini dalam proses rayuan terhadap keputusan itu.

Dia dibenarkan untuk kembali ke kediamannya selepas bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan mahkamah.

Sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan penjara ketika Alves dibebaskan dan sebahagian daripada mereka meluahkan rasa tidak puas hati di atas keputusan berkenaan.

Salah seorang daripada mereka berkata, Alves pasti akan dibunuh jika dia berada di Brazil.

"Di Brazil anda akan dibunuh dengan pantas, jangan takut," kata salah seorang penunjuk perasaan.

"Alves, anda banyak duit untuk merogol bukan?" kata seorang lagi.

Alves dikatakan sudah mengadakan pesta meraikan malam pertama dia keluar dari penjara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 10:46 PM