ALVES tinggalkan Barcelona. -FOTO Reuters
ALVES tinggalkan Barcelona. -FOTO Reuters
Reuters

Madrid: Bek kanan Barcelona, Dani Alves akan meninggalkan kelab La Liga itu buat kali kedua itu apabila kontraknya bersama gergasi Catalan itu tamat pada penghujung bulan ini selepas enam bulan kembali bersama kelab itu sebagai ejen bebas.

Pemain Brazil berusia 39 tahun itu memenangi enam gelaran La Liga dan tiga mahkota kejuaraan Liga Juara-Juara ketika bersama Barca dari 2008-16.

"Selepas lebih lapan tahun mendedikasikan diri untuk kelab ini, tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal," kata Alves di Instagram.

"Banyak tahun sudah berlalu dalam bola sepak dan kehidupan. Saya berterima kasih kepada mereka dan juga menghormati mereka yang memberikan peluang kepada saya kembali ke sini untuk mengucapkan selamat tinggal."

Alves sudah membuat penampilan lebih dari 100 cap untuk Brazil, bermain 16 perlawanan dalam semua pertandingan musim lalu lalu yang menyaksikan Bercelona menamatkan saingan di tempat kedua 13 mata di belakang juara Real Madrid.

Dia dibawa kembali oleh jurulatih Barca Xavi Hernandez yang juga bekas rakan pasukannya dalam usaha menyelamatkan pasukan itu yang berada di tangga kesembilan dalam kedudukan La Liga

Alves pernah beraksi bersama Juventus, Paris St Germain dan Sao Paulo selepas meninggalkan Barcelona untuk kali pertama, bersetuju mengekalkan gajinya pada tahap minimum bagi membantu kelab itu daripada melanggar peraturan Financial Fair Play.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas peluang yang mereka berikan kepada saya untuk kembali ke kelab ini dan dapat memakai semula baju yang hebat ini," kata Alves.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 8:12 AM