Pemain KUFC,  Gassama Alfusainey (dua kanan) di asak oleh pemain JDT II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Pemain KUFC, Gassama Alfusainey (dua kanan) di asak oleh pemain JDT II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Hasrat Kelantan United Football Club (KUFC) meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri tanpa jaringan pada aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II pada aksi Liga Perdana, petang tadi.

KUFC sebelum ini menang dua perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu menentang PDRM FC dan Perak II.

KUFC dan JDT II bermula dengan beberapa peluang menjaringkan gol, namun kecewa apabila jentera serangan masing-masing tumpul.

Kekecewaan KUFC terus berlarutan apabila sepakan separuh voli legenda Kelantan, Mohd Badri Radzi atau Piya hampir membolosi gawang tuan rumah tetapi penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq Nadzli tangkas menyelamatkan keadaan.

Bermula babak kedua, JDT II dilihat mendominasi perlawanan namun KUFC berjaya menyerap tekanan.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun terpaksa akur terpaksa berkongsi mata selepas kedudukan 0-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 9:06 PM