LAMPARD sah dipecat selaku pengurus Chelsea. FOTO EPA
LAMPARD sah dipecat selaku pengurus Chelsea. FOTO EPA
AFP

London: Chelsea hari ini mengumumkan pemecatan Frank Lampard selaku pengurus kelab itu selepas mempamer prestasi hambar di saingan Liga Perdana.

"Ini adalah keputusan yang sukar untuk kelab kerana saya secara peribadi mempunyai hubungan yang baik bersama Frank dan sangat menghormatinya," kata pemilik kelab itu, Roman Abramovich.

Chelsea bergelut di kedudukan kesembilan Liga Perdana dengan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Mereka tewas lima daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana selepas memulakan kempen dengan baik.

Bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel dilaporkan akan mengambil alih tugas Lampard.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 7:53 PM