LAMPARD
LAMPARD
Reuters

CHELSEA bakal menjangkakan aksi lebih keras apabila menentang Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam esok dan wajar berwaspada dengan dua penyerang mereka iaitu Chris Wood dan Ashley Barnes, kata pengurus Frank Lampard hari ini.

Burnley menduduki tangga keenam liga, lima mata di belakang Chelsea dan gandingan penyerang Sean Dyche iaitu Wood dan Barnes yang menjadingkan lapan daripada 12 jaringan liga kelab itu musim ini.

“Saya hormati mereka, ia tempat yang mencabar untuk dikunjungi. Mereka memiliki corak permainan yang kuat, mereka lasak dan efisien,” kata Lampard.

“Mereka menakjubkan, kedua-dua penyerang itu, cara mereka bermain bersama. Mereka boleh mendatangkan masalah besar kepada mereka. Ia perlawanan yang mencabar, ia perlawanan yang mencabar fizikal.

“Mereka bagus, saya banyak menyaksikan perlawanan mereka. Mereka menjaringkan gol. Mereka berdepan detik mencabar pada awal musim tetapi mereka sentiasa mempamerkan aksi mencabar.”

Chelsea menang enam perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan dan menduduki tangga keempat liga.

Biarpun Lampard tidak mahu melihat terlalu jauh, beliau berpuas hati dengan perkembangan pasukannya, terutamanya selepas mengekalkan dua perlawanan tanpa bolos menerusi kemenengan tipis 1-0.

“Sama ada kami menang, kalah atau seri fikir saya sentiasa memikirkan perlawanan berikutnya tetapi saya tidak berfikir terlalu jauh,” kata Lampard.

“Saya sukakan perkembangan ketika ini tetapi saya suka menghangatkannya sedikit dengan sedikit kelebihan.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 11:08 PM