Jurulatih Chelsea, Frank Lampard. FOTO AFP
Jurulatih Chelsea, Frank Lampard. FOTO AFP
AFP

London: Frank Lampard mengkritik sikap segelintir pemainnya selepas mengakui skuad Chelsea mudah mengalah kepada lawan yang lebih baik ketika tumpas 0-2 kepada Leicester, pagi ini.

Kemenangan membolehkan skuad Foxes menghuni kedudukan teratas carta Liga Perdana, sembilan mata mengatasi Chelsea yang berada di tangga ke lapan.

Kekalahan kelima dalam lapan perlawanan liga memberi lebih tekanan kepada kedudukan Lampard ketika pasukan itu memperuntukkan perbelanjaan besar bernilai kira-kira £220 juta (RM1.21 billion) pada jendela perpindahan lalu.

"Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik," kata Lampard.

"Saya fikir mereka lebih tepat daripada kami, lari lebih banyak dari kami, menunjukkan permainan berkualiti. Mereka seperti pasukan yang berada di prestasi terbaik dan kami pula bukan pada prestasi sebenar."

Gol pada separuh masa pertama oleh Wilfried Ndidi dan James Maddison meletakkan Leicester di kedudukan selesa dan skuad kendalian Brendan Rodgers mungkin boleh menambah jaringan jika memanfaatkan beberapa peluang selepas waktu rehat.

Bekas pemain tengah England itu mengetepikan dua pemain termahalnya iaitu Timo Werner dan Hakim Ziyech di bangku simpanan dalam skuad permulaan sementara Kai Havertz terpaksa digantikan selepas mempamerkan aksi kurang berkesan.

"Saya rasakan terdapat banyak detik pada separuh masa pertama apabila ketepatan kami tidak berada pada waktu sepatutnya," tambah Lampard.

"Asas dan perbezaannya adalah untuk berlari, semangat dan menguasai bahagian malah terlalu banyak pemain kami tidak melakukannya."

Selepas kekalahan Chelsea ke atas Manchester City di gelanggang baru-baru ini, laporan menyatakan pihak kelab itu sudahpun bercadang mencari pengganti Lampard.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 9:29 AM