WYSS perlu menunggu empat atau lima hari untuk menimbang peluang berkenaan. FOTO Reuters
WYSS perlu menunggu empat atau lima hari untuk menimbang peluang berkenaan. FOTO Reuters
AFP

Geneva: Hansjorg Wyss, salah seorang individu terkaya di Switzerland, berkata, beliau ditawarkan peluang untuk membeli Chelsea, selepas pemilik pasukan Liga Perdana Inggeris dari Rusia itu, Roman Abramovich berada di bawah pengawasan.

Wyss, 86, yang juga pengasas pengasas firma pembuatan peranti perubatan, Synthes memberitahu akhbar Switzerland Blick bahawa beliau dikaitkan bersama tiga individu lain berhubung berkenaan kelab itu.

Abramovich mendedahkan sebelum ini bahawa beliau merancang untuk meletakkan pemilikannya kelab juara Eropah itu dalam penjagaan pemegang amanah Yayasan Chelsea.

Abramovich tidak dinamakan dalam senarai sekatan Britain yang semakin meningkat yang mensasarkan taikun pro Kremlin, bank dan perniagaan dari Rusia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson ditekan mengapa Abramovich tidak disebut, memandangkan kebiasaannya beliau sentiasa bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Abramovich adalah antara penasihat dan rakan terdekat Putin. Seperti semua jutawan Rusia yang lain, beliau turut panik. Abramovich kini cuba menjual semua vilanya di England.

"Beliau juga mahu meninggalkan Chelsea dengan cepat. Bersama tiga lagi individu llain, saya menerima tawaran untuk membeli Chelsea daripada Abramovich.

"Saya perlu menunggu empat atau lima hari. Abramovich terlalu banyak bertanya sekarang. Chelsea berhutang £2 bilion (RM11.17 bilion) dengannya. Tetapi Chelsea tidak mempunyai wang. Ini bermakna mereka yang membeli Chelsea mesti memberi pampasan kepada Abramovich," kata Wyss.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2022 @ 6:20 PM