Akaun bank Chelsea turut dilaporkan dibekukan sementara namun pegawai pasukan menafikan dakwaan itu. REUTERS
Akaun bank Chelsea turut dilaporkan dibekukan sementara namun pegawai pasukan menafikan dakwaan itu. REUTERS
AFP

London: Beberapa akaun bank dan kredit kad Chelsea dibekukan sementara dengan krisis kelab itu berdepan ketidaktentuan susulan sekatan yang dikenakan ke atas Roman Abramovich.

Chelsea terus berdepan hari sukar apabila Abramovich memaklumkan mereka perlu melunaskan bil termasuk gaji pemain dengan akaun bank yang tinggal ketika ini.

Namun, kad kredit korporat pasukan itu disekat seketika dengan bank Barclaycard bimbang kebenaran yang diberikan untuk Blues berurusniaga menyebabkan mereka dianggap melanggar undang-undang.

Akaun bank Chelsea turut dilaporkan dibekukan sementara namun pegawai pasukan menafikan dakwaan itu.

Pengurusan tertinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) percaya Chelsea mampu menamatkan saingan musim ini meskipun berdepan isu kewangan.

Ketika bos EPL menerima jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan yang akan menjejaskan kemampuan Chelsea menamatkan musim ini, namun sekatan ke atas Abramovich menjadi bertambah parah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 11:40 AM