AKSI Zii Jia pada perlawanan hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH
AKSI Zii Jia pada perlawanan hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH
Fabian Peter


Hangzhou: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mencetuskan kontroversi sekali lagi, kali ini di Sukan Asia Hangzhou.

Pada pusingan pertama acara berpasukan lelaki, sesi temu bual bersama pemain yang menduduki ranking ke-16 dunia itu di zon temuramah dekat Gimnasium Binjiang telah dipendekkan secara tiba-tiba.

Dalam perlawanan perseorangan lelaki pertama, Zii Jia tidak dapat memberikan mata pertama kepada Malaysia apabila tewas 14-21, 21-14, 18-21 kepada pemain nombor 47 dunia Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin.

Sebuah video yang merakamkan detik itu, menunjukkan Zii Jia, sedia mendengar soalan diajukan kepadanya tetapi kemudian dibawa pergi.

Di atas kertas, Zii Jia sepatutnya tidak berdepan masalah besar untuk menang kerana dia tidak pernah tewas kepada Hyeok Jin dalam dua pertemuan sebelum ini.

Zii Jia hanya menyertai dua hari terakhir sesi latihan bersama skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dekat Bukit Kiara sebelum bermulanya temasya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2023 @ 7:42 PM