Pemain Sevilla meraikan kejayaan bersama trofi Liga Europa selepas menewaskan Inter Milan pada final pagi ini. FOTO AFP
Pemain Sevilla meraikan kejayaan bersama trofi Liga Europa selepas menewaskan Inter Milan pada final pagi ini. FOTO AFP
AFP

SEVILLA memenangi mahkota Liga Europa buat kali keenam ketika sepakan gunting Diego Carlos terkena kaki Romelu Lukaku untuk gol kemenangan mengatasi Inter Milan, 3-2 dalam aksi final menarik di Cologne.

Wakil Sepanyol itu antara kelab kedua terbanyak memenangi kejuaraan berkenaan berbanding kelab lain.

Dua jaringan menerusi tandukan Luuk De Jong menafikan gol penalti awal Lukaku dan gol penyamaan Diego Godin buat Inter ketika empat gol dihasilkan pada babak pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 7:14 AM