Penyerang Sevilla, Luuk De Jong (kiri) meraikan jaringan kemenangan berdepan Manchester United pada akis Liga Europa. FOTO AFP
Penyerang Sevilla, Luuk De Jong (kiri) meraikan jaringan kemenangan berdepan Manchester United pada akis Liga Europa. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER United harus membayar harga yang mahal selepas melakukan kesilapan di depan gol ketika Sevilla meneruskan malam yang istimewa di Eropah dengan bangkit daripada ketinggalan pagi ini untuk mara ke final dengan kemenangan 2-1 di Cologne.

Penalti awal Bruno Fernandes dinafikan menerusi jaringan penyamaan Suso buat Sevilla pada saingan sengit babak pertama.

Tetapi United mempersia-siakan hampir semua peluang terbaik selepas rehat ketika Bono menyelamatkan banyak cubaan sehingga pemain gantian Luuk De Jong menyempurnakan hantaran lintang Jesus Navas 12 minit sebelum tamat.

United sudah mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Perdana namun penantian tiga tahun untuk merangkul trofi berterusan.

Tiga kekalahan pada separuh akhir musim ini mendedahkan masih banyak perlu dilakukan Ole Gunnar Solskjaer untuk kembali membawa Red Devils ke zaman kegemilangan mereka.

Sevilla kini sudah menang 25 daripada 26 perlawanan terakhir kalah mati Liga Europa dan percaya mereka boleh memenangi kejohanan itu buat kali keenam apabila mereka akan berdepan sama ada Inter Milan atau Shakhtar Donetsk pada final.

Skuad kendalian Julen Lopetegui kini mencatat rekod tanpa kalah dalam 20 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 7:46 AM