Pertahanan Sevilla, Diego Carlos menjaringkan gol sendiri ketika aksi berdepan Levante. FOTO AFP
Pertahanan Sevilla, Diego Carlos menjaringkan gol sendiri ketika aksi berdepan Levante. FOTO AFP
AFP

SEVILLA berdepan tamparan hebat dalam usaha layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan ketika jaringan sendiri lewat permainan oleh Diego Carlos membenarkan pelawat, Levante mengikat keputusan 1-1, pagi ini.

Barisan kendalian Julen Lopetegui berada di kedudukan ketiga carta La Liga, kekal mendahului lima mata ke atas pasukan di tempat kelima Getafe, sekalipun masih terdapat beberapa perlawanan.

Juara lima kali Liga Europa, yang kali terakhir beraksi dalam Liga Juara-Juara pada 2017-18, mendahului empat mata dari pasukan di tangga ke empat Real Sociedad, dengan Atletico Madrid, Valencia, Villarreal dan Granada juga memburu tempat dalam kelompok empat pasukan teratas.

Peluang terbaik menghasilkan gol hadir pada babak pertama selepas sepakan percuma menarik pemain sayap Munir El Haddadi terkena palang sekali gus memberi amaran kepada pelawat.

Sevilla berjaya mendahului pada minit pertama separuh masa kedua, ketika bekas pemain Barcelona El Haddadi bergandingan dengan penyerang Belanda, Luuk de Jong untuk menjaringkan gol ke enam liga musim ini.

Levante berjaya mencipta beberapa serangan lewat dan pemain pertahanan tengah, Carlos menyepak masuk ke jaring sendiri tiga minit sebelum tamat selepas gagal ditampan kemas penjaga gol, Tomas Vaclik.

Keputusan seri membantu pasukan di tangga ke-12 Levante melonjak 10 mata di tempat selamat dengan berbaki sembilan perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 7:45 AM