Jesse Lingard (kiri) menjaringkan gol penyamaan berdepan LASK pada saingan Liga Europa. FOTO AFP
Jesse Lingard (kiri) menjaringkan gol penyamaan berdepan LASK pada saingan Liga Europa. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER United mengatasi LASK 2-1 dan Inter Milan menewaskan Getafe 2-0 pagi ini, untuk mengesahkan tempat ke saingan suku akhir Liga Europa.

United yang mempunyai bekalan selesa 5-0 dari perlawanan pertama pada Mac dan akan berdepan Copenhagen yang mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Istanbul Basaksehir.

Skuad kendalian Antonio Conte, Inter Milan pula akan berdepan sama ada pasukan kendalian Steven Gerrard, Rangers atau Bayer Leverkusen ketika wakil Jerman mendahului 1-3 bagi perlawanan awal pagi esok.

Romelu Lukaku dan Christian Eriksen menjaringkan gol untuk muncul wira kelab Itali itu.

"Ia perlawanan yang sukar berdepan lawan yang beraksi agresif, tetapi kami melakukannya dengan baik, barisan pertahanan melakukan tugas dengan baik dan saya gembira berjaya menjaringkan gol untuk pasukan," kata Lukaku kepada Sky Sport Italia.

"Christian juga memperoleh gol penting bagi pasukan dan kami harus meneruskan aksi seperti ini."

Di sebalik kedudukan selesa United yang mendahului daripada perlawanan pertama pada 12 Mac, pelawat tetap memberi masalah di awal aksi permainan.

LASK bagaimanapun terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi Philipp Wiesinger.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Jesse Lingard menyamakan kedudukan dua minit kemudian diikuti jaringan kemenangan Anthony Martial di hujung babak perlawanan.

Keputusan Liga Europa :

di Kiev

Shakhtar Donetsk (UKR) 3 (Moraes 89, 90+3, Solomon 90+1) Wolfsburg (JER) 0

-- Shakhtar menang agregat 5-1

di Copenhagen

FC Copenhagen (DEN) 3 (Wind 4, 53-pen, Falk Jensen 62) Istanbul Basaksehir (TUR) 0

-- FC Copenhagen menang agregat 3-1

di Manchester, England

Manchester United (ENG) 2 (Lingard 57, Martial 88) LASK (AUT) 1 (Wiesinger 55)

-- Man Utd menang agregat 7-1

di Gelsenkirchen, Jerman

Inter Milan (ITA) 2 (Lukaku 33, Eriksen 83) Getafe (SPA) 0

-- Perlawanan pertama ditangguhkan dan hanya berlangsung satu play-off

Esok :

Sevilla (ESP) mln Roma (ITA) 12.55 tgh malam

- Hanya satu play-off selepas aksi pertama ditangguhkan

Bayer Leverkusen (JER) mln Rangers (SCO), 12.55 tgh mlm

- Leverkusen menang 3-1 aksi pertama

Basel (SUI) mln Eintracht Frankfurt (JER), 3 pagi

- Basel menang 3-0 aksi pertama

Wolvers (ENG) mln Olympiakos (GRE), 3 pagi

- Aksi pertama terikat 1-1

Final akan berlangsung di Jerman :

Suku Akhir 10-11 Ogos; Separuh Akhir 16-17 Ogos; Final di Cologne pada 21 Ogos

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 8:09 AM