GASPERINI  mengakui kurang sihat ketika aksi Liga Juara-Juara antara Atalanta dan Valencia Mac lalu. FOTO Agensi
GASPERINI mengakui kurang sihat ketika aksi Liga Juara-Juara antara Atalanta dan Valencia Mac lalu. FOTO Agensi
AFP

JURULATIH Atalanta, Gian Piero Gasperini mendedahkan semalam bahawa dia akan meninggal dunia selepas menghidap simptom Covid-19 apabola pasukan dari Itali itu beraksi dalam Liga Juara-Juara menentang Valencia.

Gasperini memberitahu Gazzetta Dello Sport beliau kurang sihat ketika Atalanta mengalahkan Valencia 4-3 di Stadium Mestalla pada 10 Mac lalu, seterusnya mara ke suku akhir dengan agregat 8-4.

"Sehari sebelum perlawanan menentang Valencia saya kurang sihat, ketika tengah hari pada hari perlawanan ia bertambah teruk. Saya kelihatan kurang bermaya di bangku simpanan.

"Ketika itu 10 Mac. Dua malam berikutnya di Zingonia (pusat latihan Atalanta) saya hanya tidur dalam tempoh singkat. Saya tidak demam, tapi saya lemah, seperti saya alami demam 40 darjah selsius.

"Ambulan melintas selang dua minit. Ada hospital berdekatan. Ia seperti zon perang. Pada malamnya saya terfikir: 'jika saya ke sana, apa yang akan terjadi kepada saya'?.

"Sekarang saya tidak boleh pergi, banyak yang saya perlu lakukan... saya mengatakannya dengan sedikit jenaka, untuk mengurangkan tekanan. Tapi memang saya memikirkannya," katanya

Gasperini, 62, berkata beliau tidak pernah membuat ujian kerana tidak mengalami demam tetapi ujian 10 hari lalu mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19.

"Saya ada antibodi, tapi ia tidak bermakna saya kini boleh melawannya," kata Gasperini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 1:38 PM