COUTINHO hanya diturunkan sebanyak 15 kali dalam kesebelasan utama. FOTO Agensi
COUTINHO hanya diturunkan sebanyak 15 kali dalam kesebelasan utama. FOTO Agensi
AFP

BAYERN Munich tidak akan membelanjakan 120 juta euro (RM523 juta) untuk menukarkan status pinnjaman kepada tetap ke atas bintang Brazil, Philippe Coutinho.

"Peluang berkenaan sudah berakhir dan kami tidak melakukannhya. Sekarang kami mahu memantapkan pasukan (untuk musim depan) dan kita akan lihat sama ada dia masih mempunyai peranan dengan kami atau tidak," kata 'Pengarah Bayern, Karl-Heinz Rummenigge

Coutinho menyertai Bayern Ogos lalu namun gagal untuk menyinar.

Dia beraksi 23 kali daripada 25 perlawanan liga sebelum saingan ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 namun dia hanya diletakkan dalam kesebelasan utama sebanyak 15 kali.

Coutinho yang meledak lapan gol dan enam hantaran menghasilkan jaringan, mula menjadi bualan selepas melakukan pembedahan buku lali April lalu.

Rummenigge juga berkata mereka akan menghadkan perpindahan pemain sebaik krisis pandemik itu berakhir.

Ini bermakna untuk berbelanja besar bagi pemain baru bukan pilihan utama mereka

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 1:29 PM