FLICK (kiri) akan melakukan segalanya untuk menghalan Alaba (kanan) dan Alcantara meninggalkan Bayern. FOTO AFP
FLICK (kiri) akan melakukan segalanya untuk menghalan Alaba (kanan) dan Alcantara meninggalkan Bayern. FOTO AFP
AFP

JURULATIH Bayern Munich, Hansi Flick berkata, beliau bertekad untuk mempertahankan pertahanan, David Alaba dan pemain tengah, Thiago Alcantara, yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

"Saya akan melakukan segalanya untuk memastikan kami mampu mengekalkan dua pemain berkualiti ini. Saya cuba untuk menyatukan skuad yang ada buat masa sekarang," kata Flick selepas juara Bundesliga itu melengkapkan kejuaraan berganda meraih Piala Jerman dengan mengalahkan Bayern Leverkusen 4-2.

Kedua-dua pemain mempunyai baki kontrak lagi setahun, namun Alacantara, 29, dikaitkan akan berpindah ke Liverpool oleh media Sepanyol namun Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge mengakui tidak ada sebarang tawaran diterima setakat ini.

"Kami berbincang dengannya secara serius dan memenuhi segala permintaan namun ia seperti dia mahu melakukan sesuatu yang baru pada penghujung kariernya," kata Rummenigge kepada Bild.

Bagaimanapun, Flick berharap mampu memujuk Alcantara, yang menyertai Bayern sejak 2013.

"Saya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan dia kekal di sini. Anda dapat melihat dia memberikan 100 peratus bersama kelab," kata Flick.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 5:09 PM