PEMAIN UiTM FC, Muhammad Faizal Mohd Arif (kiri) mengasak pemain Melaka, Sony Norde (kanan) pada perlawanan pertama Liga Super 2020 di Stadium UiTM Shah Alam hari ini. FOTO Bernama
PEMAIN UiTM FC, Muhammad Faizal Mohd Arif (kiri) mengasak pemain Melaka, Sony Norde (kanan) pada perlawanan pertama Liga Super 2020 di Stadium UiTM Shah Alam hari ini. FOTO Bernama
Nazri Abu Bakar


WALAUPUN mencatat kemenangan 2-0 pada aksi pembukaan Liga Super berdepan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam semalam, namun barisan pemain Melaka dilihat masih belum menunjukkan taring sebenar.

Penolong pengurus skuad Hang Tuah, Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, anak buah Zainal Abidin Hassan mampu menampilkan aksi lebih baik dalam pertemuan itu namun keputusan meraih tiga mata penuh tetap melegakan.

“Kami gembira misi untuk meraih tiga mata maksimum akhirnya berjaya diperolehi terutama apabila berdepan semangat tinggi pemain tuan rumah.

“Malah strategi Zainal dilihat amat menjadi bagi membolehkan Sony Norde dan Romel Morales menjaringkan gol kemenangan,” katanya.

Apapun beliau yakin persembahan pasukan akan lebih mantap selepas ini dengan menjadikan aksi pertama itu sebagai kayu pengukur kemampuan barisan pemainnya.

Justeru itu katanya, setiap kelemahan dan kekurangan sepanjang 90 minit perlawanan di Shah Alam akan diperbaiki untuk membolehkan ia tidak berlaku ketika berdepan PDRM selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 7:07 PM