AKSI Thomas melakukan pukulan tee di Mexico City. FOTO AFP
AKSI Thomas melakukan pukulan tee di Mexico City. FOTO AFP
AFP

JUSTIN Thomas mencatat enam di bawah par 65 untuk mendahului satu pukulan ke atas rakan senegara, Patrick Reed dan pemain Afrika Selatan, Erik van Rooyen selepas tamat pusingan ketiga Kejohanan WGC Mexico hari ini.

Pemain nombor empat dunia, Thomas yang juga pemenang Kejohanan PGA 2017 membuka dan menutup permainan dengan bogey tetapi melakukan lapan birdie untuk mencatat 15 bawah 198 selepas 54 lubang di Kelab Golf Chapultepec.

"Saya mahukan birdie pada lubang pertama untuk melihat apa yang berlaku -- saya membuat empat pukulan buruk pada lubang itu,” kata Thomas.

Thomas berjaya menduduki kelompok 10 teratas sebanyak tiga kali dalam kejohanan di Mexico itu termasuk naib juara kepada Phil Mickelson pada 2018 tetapi bertekad menjulang trofi itu.

"Saya benar-benar mahukan tempat pertama,” kata Thomas. “Saya hampir melakukannya beberapa kali. Saya seperti mempunyai misi yang belum selesai di sini. Saya tahu saya perlu beraksi dengan baik esok.”

Juara Masters 2018, Reed berkongsi tangga kedua dengan van Rooyen selepas masing-masing mencatat 67 pukulan untuk tamat dengan 199.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 10:53 AM