Pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova membalas pukulan Karolina Pliskova pada aksi Terbuka Australia. FOTO AFP
Pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova membalas pukulan Karolina Pliskova pada aksi Terbuka Australia. FOTO AFP
Agensi

PEMAIN pilihan kedua, Karolina Pliskova tersingkir daripada saingan Terbuka Australia selepas tewas 7-6 (7-4) 7-6 (7-3) pada pusingan ketiga oleh pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova.

Karolina berhempas pulas untuk memberi saingan berdepan pemain pilihan ke-30 yang tewas dalam enam perlawanan sebelum ini.

Perlawanan dalam 75 minit awal menyaksikan tidak banyak dapat dilakukan sebelum Anastasia memenangi ‘tie-break’.

Karolina tidak dapat memperoleh dua mata untuk menang set kedua apabila tewas pada ‘tie-break’ kedua untuk keluar.

Kejutan satu lagi perlawanan membabitkan pilihan keenam dari Switzerland, Belinda Bencic yang dikecewakan pemain Estonia, Anett Kontaveit, 6-0, 6-1 dalam hanya 49 minit di Margaret Court Arena.

Anett pilihan ke 28, memenangi perlawanan pertama daripada sembilan aksi ketika dia melengkapkan dominasi separuh akhir Terbuka AS tahun lalu.

Dia akan berdepan pemain berusia 18 tahun dari Poland, Iga Swiatek yang mengalahkan pemain pilihan ke 19 Donna Vekic dari Croatia, 7-5, 6-3.

Pemain remaja itu hanya melepasi peringkat pusingan kedua di Grand Slam sebelum ke Melbourne.

Karolina mengatasi Anastasia pada suku akhir tahun lalu, bergurau ketika ditemubual : “Saya sangat gembira, tapi menyedari kemudian kerana saya masih beri tumpuan pada mata seterusnya.

“Saya gembira dengan perlawanan itu - untuk menewaskan Karolina buat pertama kali adalah sesuatu yang hebat.

“Saya menang kejuaraan remaja Australia dua kali, ia membuatkan saya terfikir saya boleh menang trofi peringkat senior.”

Anastasia akan berdepan juara 2016 Angelique Kerber, yang mara selepas bergelut mengetepikan Camila Giorgi 6-2, 6-7 (4-7), 6-3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 January 2020 @ 1:43 PM