BEATRIZ tenang menyingkirkan pilihan utama, Karolina di pusingan ketiga Indian Wells. FOTO EPA
BEATRIZ tenang menyingkirkan pilihan utama, Karolina di pusingan ketiga Indian Wells. FOTO EPA
AFP

Indian Wells: Pilihan utama, Karolina Pliskova tersingkir di saingan Indian Wells WTA selepas tumpas straight set kepada Beatriz Haddad Maia 3-6, 5-7 di pusingan ketiga.

Beraksi dalam keadaan berangin dalam salah satu gelanggang di bahagian luar di Indian Wells Tennis Garden, Beatriz yang juga pemain kelahiran Brazil berjaya mendahului 3-1 di set kedua sebelum lawannya dari Republik Czech mula mendapat rentak.

Bagaimanapun, Beatriz kembali melawan, dengan memenangi set berkenaan melalui percubaan kali kedua ketika pukulan kilas Karolina melambung ke atas selepas terkena bahagian rangka raket dalam aksi yang berlangsung selama dua jam.

Karolina yang juga pemain nombor tiga dunia melakukan lima aces dan 12 double fault.

Dia hanya meraih mata melalui 25 peratus servis kedua dan berjaya mematahkan servis lawan sebanyak lapan kali.

Beatriz akan berdepan pemain Estonia, Anett Kontaveit di pusingan 16 terakhir.

Anett berjaya meneruskan aksi cemerlang selepas mengetepikan penyandang juara, Bianca Andreescu 7-6 (7/5), 6-3 di pusingan ketiga.

Anett yang juga pilihan ke-18, meneruskan rentak kemenangan lapan perlawanan berturut-turut dan terus mendominasi pertembungan dengan Bianca selepas memenangi kesemua tiga perlawanan ketika berdepan lawan dari Kanada itu.

"Saya berasa sangat selesa di dalam gelanggang. Saya mempunyai keyakinan tinggi. Saya gembira dan menikmati permainan sebaiknya. Itulah sebabnya mengapa saya bermain dengan baik setakat ini," kata Anett.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 2:07 PM