Simona Halep membalas pukulan Polona Hercog pada perlawanan tenis di Eastbourne. FOTO AFP
Simona Halep membalas pukulan Polona Hercog pada perlawanan tenis di Eastbourne. FOTO AFP
Reuters

TRIO bekas pemain nombor satu dunia antara yang mara ke peringkat suku akhir di Eastbourne awal pagi ini, dengan Angelique Kerber, Simona Halep dan Karolina Pliskova memantapkan aksi di gelanggang rumput menjelang saingan Wimbledon.

Juara bertahan Wimbledon, Angelique menewaskan pemain Sweden, Rebecca Peterson 7-6(4), 6-0 dan Karolina mengetepikan Elise Mertens 6-1, 6-2, sementara Simona dipaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Polona Hercog 6-1, 4-6, 6-3.

Finalis separuh akhir Wimbledon tahun lalu, Jelena Ostapenko, mengalami kecederaan teruk ketika menarik diri dalam perlawanan menentang Ekaterina Alexandrova.

Angelique meneruskan aksi cemerlang untuk mara selepas musim gelanggang tanah liat yang mencabar ketika mengatasi Rebecca selepas aksi sengit di set pertama.

Pemain pilihan keempat itu berjaya memperolehi dua mata penting dalam perlawanan pembukaan namun berjaya mara selepas mempamerkan penguasaan di set kedua.

“Saya berasa sangat bagus setakat ini,” kata Angelique. “Set pertama sangat rapat dan sengit. Kemudian saya bermula baik pada set kedua dan menampakkan rentak pemainan saya bertambah baik pada set kedua, ia adalah perlawanan yang bagus.”

Karolina yang mara ke final Eastbourne pada 2016 dan 2017, lebih teruja berdepan Elise.

“Saya rasa seperti, ia sangat teruk untuk diperkatakan, namun tiada peluang untuk saya tewas hari ini,” katanya. “Saya cuma berasa mempunyai keyakinan yang lebih selepas mendahului selesa di set pertama.”

Ia lebih mengejutkan apabila pemain pilihan tempatan, Johanna Konta tewas 6-3, 6-2 kepada pemain Tunisia, Ons Jabeur. Pemain bukan pilihan Ons memberi cabaran sukar buat pemain nombor 19 dunia Johanna tatkala melangkah ke suku akhir pertamanya pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 9:35 AM