AKSI Karolina ketika menentang Jelena. FOTO AFP
AKSI Karolina ketika menentang Jelena. FOTO AFP
AFP

Stuttgart, Jerman: Karolina Pliskova akan menentang pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty pada aksi suku akhir Kejohanan WTA Stuttgart selepas menewaskan Jelena Ostapenko dalam saingan tiga set hari ini.

Karolina pemain pilihan keenam bangkit selepas tewas set pertama dengan meledak 21 ace, 10 daripadanya pada set ketiga sebelum menang 6-7 (7/9), 6-4, 6-3.

"Saya suka habiskan masa di atas gelanggang,'' gurau Katerina, juara Stuttgart 2018 selepas menang dalam masa kurang dua jam setengah menentang lawan dari Latvia itu.

"Ia perlawanan yang bagus kerana tidak banyak kesilapan mudah daripada kedua-dua pihak. Ia prestasi jauh lebih baik daripada saya,'' katanya merujuk kemenangan ke atas Tamara Korpatsch.

Kemenangannya itu hampir sama ketika dia menewaskan Jelena pada suku akhir 2018 di Stuttgart sebelum merangkul kejuaraan.

Bekas juara Terbuka Perancis, Jelena menghempas raket dengan marah pada set kedua manakala Karolina mematahkan raketnya ketika dia mula menemui rentak perlawanan.

"Ia kerap membantu saya apabila saya mematahkan raket,'' kata pemain Czech itu yang akan berdepan pilihan utama Ashleigh dari Australia esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 11:38 PM