NAOMI Osaka menang tiga set pada Masters Cincinnati awal pagi tadi. FOTO AFP
NAOMI Osaka menang tiga set pada Masters Cincinnati awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

PEMAIN tenis nombor satu dunia Naomi Osaka dan juara Wimbledon Simona Halep masing-masing menang tiga set pada Masters Cincinnati awal pagi tadi manakala pilihan utama Ashleigh Barty menewaskan Maria Sharapova.

Naomi, juara Terbuka Amerika Syarikat dan Australia memerlukan lebih daripada dua jam untuk menundukkan Aliaksandra Sasnovich 7-6 (7/3), 2-6, 6-2.

Bintang Jepun itu akan menentang pemain Taiwan Hsieh Su-Wei pada pusingan ketiga, yang menewaskan pemain AS Jennifer Brady 7-6 (11/9) 6-3.

Naomi akhirnya meraih kemenangan di kejohanan pemanas badan Terbuka AS selepas tewas seawal pusingan pertama setahun lalu.

“Saya hanya cuba berseronok,” kata Naomi.

“Pada set kedua saya terlalu serius dan akhirnya memakan diri. Sekarang saya hanya mahu berseronok dan menikmatinya. Itu yang sepatutnya saya lakukan.”

Naomi mara dengan lapan ace, 24 winnner dan breaks pada empat daripada lima peluang ketika menentang pemain yang sering menerima rawatan lutut kanan.

Ashleigh,23, pemain Australia menang pertarungan dua bekas pemain nombor satu dunia itu dalam tempoh lebih 90 minit.

Juara Roland Garros itu menewaskan pemilik lima gelaran Grand Slam, Maria yang pernah menjadi juara Cincinnati pada 2011, buat kali kedua musim ini selepas melakukannya di Terbuka Australia.

Ia adalah kemenangan ke-40 Ashleigh sepanjang 2019 dan akan berdepan pemain Estonia Anett Kontaveit, yang menewaskan pemain remaja Poland Iga Swiatek 6-4, 7-6 (7/2).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 10:31 AM