PABLO Sarabia meraikan gol ketika Paris Saint-Germain menang 4-1 ke atas kelab divisyen kedua Le Mans awal pagi tadi. FOTO AFP
PABLO Sarabia meraikan gol ketika Paris Saint-Germain menang 4-1 ke atas kelab divisyen kedua Le Mans awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

PARIS Saint-Germain yang beraksi tanpa Neymar mara ke suku akhir Piala Liga Perancis hasil kemenangan 4-1 ke atas kelab divisyen kedua Le Mans awal pagi tadi.

Pablo Sarabia, Eric Maxim Choupo-Moting, Kylian Mbappe dan Angel Di Maria menyumbang gol buat pemilik lapan gelaran itu dalam tempoh 48 minit perlawanan ketika Harisson Manzala bangkit untuk tuan rumah pada edisi terakhir kejohanan itu.

Jurulatih PSG Thomas Tuchel memilih untuk merehatkan pemain termahal dunia itu yang mengalami kecederaan sejak awal musim di Paris, ketika pengendali Jerman itu membuat lapan petukaran daripada skuad yang membelasah Saint-Etienne Ahad lalu.

“Saya fikir inilah perlawanan yang kami perlu menang,” kata Tuchel.

“Kami bermain dengan pemain yang kurang rentak. Saya tidak mengharapkan terlalu banyak daripada pasukan. Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

“Namun kami gembira, tiada kecederaan dan kini masa untuk bersiap menentang Amiens pada hujung minggu.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 9:51 AM