Pemain Pertahanan PSG,  Layvin Kurzawa (kanan). FOTO AFP
Pemain Pertahanan PSG, Layvin Kurzawa (kanan). FOTO AFP
AFP

PEMAIN kebangsaan Perancis, Layvin Kurzawa menandatangani perjanjian baharu bersama Paris Saint-Germain yang mengekalkannya di kelab itu sehingga 2024, umum juara Ligue 1 itu.

"Paris Saint-Germain gembira mengumumkan lanjutan kontrak Layvin Kurzawa selama empat musim," menurut kenyataan kelab itu.

Kontrak lanjutan pertahanan kiri, Kurzawa hadir sehari sebelum dijadualkan tamat, lima tahun selepas kehadirannya dari seteru Ligue 1, Monaco.

Kurzawa melakukan 24 penampilan dalam semua kejohanan musim ini, dijangka bersedia untuk beraksi pada final Piala Perancis dan Piala Liga sekitar Julai, begitu juga 'Final 8' kejohanan Liga Juara-Juara di Lisbon pada Ogos ini.

Pemain berusia 27 tahun itu sering dibayangi sebagai pemain sokongan kepada pertahanan kiri Sepanyol, Juan Bernat namun mendapat jaminan tempat daripada jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

"Layvin mempunyai musim yang cemerlang dan diperlukan. Jika kami mempunyainya dan Juan kami akan lebih kuat di posisi pertahanan kiri," kata Tuchel.

PSG turut mengumumkan pemain pertahanan tengah, Thiago Silva, penyerang Eric Maxim Choupo-Moting dan penjaga gol simpanan, Sergio Rico melanjutkan kontrak sehingga hujung musim ini.

Bermakna trio berkenaan dibenarkan beraksi dalam dua final merebut piala bagi kelab itu dan seterusnya saingan Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 9:40 AM