DONNARUMMA berdepan detik cemas bersama pasangannya apabila diikat perompak yang memecah masuk rumahnya. FOTO AFP
DONNARUMMA berdepan detik cemas bersama pasangannya apabila diikat perompak yang memecah masuk rumahnya. FOTO AFP
AFP

Paris: Penjaga gol PSG dan Itali, Gianluigi Donnarumma diikat semasa rompakan bersenjata di rumahnya di Paris dan dirawat di hospital selepas itu, jelas sumber yang rapat dengan siasatan memberitahu AFP.

Sekumpulan 'individu' menceroboh rumah Donnarumma di daerah mewah di ibu negara Perancis itu semalam.

Dia 'cedera ringan' dan 'diikat' bersama pasangannya, kata sumber itu, yang tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka itu.

Kumpulan perompak itu melarikan diri selepas mencuri barang kemas, jam tangan dan barangan mewah lain yang dianggarkan bernilai €500,000 (RM2.5 juta), kata sumber itu, mengesahkan laporan oleh laman web Actu17.

Beberapa pemain PSG menjadi sasaran rompakan sejak beberapa tahun lalu, termasuk Presnel Kimpembe, Marquinhos, Thiago Silva, Angel Di Maria, Dani Alves, Eric Maxim Choupo-Moting, Sergio Rico dan Mauro Icardi.

Empat lelaki dikenakan hukuman penjara pada Januari dan Februari tahun ini kerana pecah rumah Marquinhos dan Di Maria pada 2021.

"PSG mempunyai keyakinan terhadap sistem keadilan untuk mencari pesalah secepat mungkin," kata jurucakap PSG sebagai respons kepada rompakan Donnarumma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2023 @ 4:40 PM